Pages

Monday, August 9, 2021

https://suarasarawak.my/69-pertubuhan-sertai-perarakan/


Program yang bertemakan Makmur Bersama Dalam Kepelbagaian itu dianjurkan oleh Persatuan Soon Heng Bandar Simanggang kali ke-126. Perarakan yang bermula seawal jam 6.30 pagi itu menampilkan keistimewaan tersendiri apabila 12 haiwan mengikut kalender Cina turut menyertai perarakan sekitar bandar Simanggang.

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti yang juga Adun Simanggang juga menyertai perarakan berkenaan. Beliau menyatakan, perarakan tersebut membawa pengertian bahawa semua lapisan masyarakat turut serta meraikan perayaan, bukan sahaja masyarakat Cina, malah disertai komuniti bangsa lain.

Menurutnya, perayaan Chap Goh Mei diraikan pada hari ke-15 selepas Tahun Baharu Cina. “Mitos berkenaan perayaan tersebut adalah mengundang keramaian masyarakat Cina pada zaman dahulu dan diselitkan masa muda-mudi mencari pasangan dengan melemparkan limau mandarin ke dalam sungai dengan harapan bertemu jodoh,” jelasnya.

Penasihat Seumur Hidup Persatuan Soon Heng, Simanggang Datuk Tan Chong Meng; Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai; Pegawai Daerah Sri Aman Mohd Ashree Wee; Pengerusi Persatuan Soon Heng Simanggang Tay Ah Tee@Tay Chiew Hua antara hadir.

No comments:

Post a Comment