Pages

Thursday, January 8, 2015

Kertas Cadangan Pesta Cap Goh Mei Peringkat Bahagian Tahun 2011


Kertas Cadangan Pesta Cap Goh Mei Peringkat Bahagian Tahun 2011
Anjuran Bersama Pejabat Residen Sri Aman dan Simanggang Soon Heng Society

Latar Belakang

Sejak 2007, Perayaan Cap Goh Mei yang dianjurkan oleh Simanggang Soon Heng Society sejak ratusan tahun lepas telah mula diberi perhatian oleh pihak Kerajaan, khususnya Pejabat Residen Sri Aman. Pihak Residen Sri Aman telah menyiarkan surat kepada semua pejabat/jabatan kerajaan di bahagian ini dan menyarankan mereka memberi bantuan kepada Soon Heng Society untuk menjayakan aktiviti ini, khususnya untuk menjayakan Perarakan Cap Goh Mei.

Pada tahun 2010, Pejabat Residen telah mengisytiharkan Pesta tersebut sebagai Pesta Peringkat Bahagian Sri Aman dan sektor kerajaan, separuh kerajaan dilibatkan sepenuhnya.  Jabatan Seni dan Warisan Negeri juga memberi peruntukan untuk membiayai Pesta ini. 

Hasilnya, Malam Kesenian 1Malaysia telah diadakan pada hari ke-8, Tahun Baru Cina dengan penglibatan pelbagai pihak seperti KPSU,  Jabatan Seni dan Warisan serta NGO pelbagai kaum tempatan. Persembahan pentas tersebut diadakan di pentas yang didirikan di tebing Batang Lupar dan dirasmikan oleh YB Datuk Francis Harden anak Hollis dan turut dihadiri oleh YB Hajah Simoi Peri , YB Masir Kujat, YB Mong Dagang, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat. Sebelum persembahan dimulakan para jemputan turut berkunjung ke rumah terbuka Soon Heng Simanggang yang diadakan di tingkat bawah Kuil Ciyun. Pada sebelah paginya, senam seni 1Malaysia turut dilakukan di sepanjang Main Bazaar, Sri Aman.

Pada malam hari ke-15, perarakan Cap Goh Mei diadakan. Penyertaan sektor awam amat memberangsangkan.  Selain kereta-kereta berhias pelbagai pertubuhan Cina sekitar Sri Aman dan Betong, kereta berhias jabatan persekutuan yang dikelola oleh Pejabat Pelajaran Daerah, jabatan negeri yang dikelola oleh Jabatan Kerja Raya serta badan/syarikat separuh kerajaan yang dikelola oleh SESCO telah menyertai perarakan. Pancaragam RAMD 13 Kem Pakit telah mengepalai perarakan. Keadaan ini telah menambah kemeriahan pesta dan menonjolkan semangat 1Malaysia.

Tujuan Kertas Ini

Kertas cadangan ini ditulis atas latar belakang ini dengan sedikit perluasan, berpandukan kepada maklum balas dan cadangan pelbagai pihak.

Tujuan Pesta Cap Goh Mei Peringkat Bahagian Sri Aman

  1. Sebagai platform masyarakat tempatan merayakan bersama satu acara (event) yang telah menjadi ingatan kolektif (collective memory) orang tempatan sejak ratusan tahun lepas,
  2. Sebagai cara menterjemahkan dan menyatakan idealisme 1Malaysia yang dipelopori oleh Kerajaan Malaysia,
  3. Sebagai produk perlancongan bahagian Sri Aman,
  4. Sebagai medium untuk para pengamal seni persembahan tempatan menonjolkan bakat mereka.

Cadangan aktiviti Tahun 2011

Nama Aktiviti
Deskripsi
Tarikh / Masa/ Tempat
Anggaran Kos*
Catatan
Malam Kesenian 1Malaysia
Mengetengahkan persembahan pentas pelbagai etnik tempatan
10-2-2011/ jam 1900/ Pentas Soon Heng di tebingan Batang Lupar
Honoranium untuk kumpulan yang membuat persembahan, anggaran RM500/ kumpulan, 10 kumpulan = RM5000, yang lain ditanggung oleh Soon Heng.
KPSU sebagai penyelaras bersama program pentas.
RO sebagai penyelaras protokol dan seranta.
Rumah Terbuka Tahun Baru Cina
Juadah tempatan disediakan untuk orang ramai sambil menyaksikan persembahan Malam Kesenian 1Malaysia
10-2-2011/ jam 1900/ Perkarangan Kuil Ciyun, Main Bazaar, Sri Aman.
Penyediaan juadah untuk 1000 orang dengan kos RM8/ kepala, = RM8000.
Dianjur bersama Jabatan Perpaduan Bahagian dan Kawasan Rukun Tetangga Bandar Simanggang.
Perarakan Cap Goh Mei
Mempelawa jabatan kerajaan dan badan berkanun menyertai perarakan dalam bentuk kereta berhias, pasukan pakaian beragam dan sebagainya.
17-2-2011/ jam 1800/ sekitar Bandar Sri Aman.
Sudsidi untuk jabatan yang mengambil bahagian bergantung kepada inisiatif jabatan kerajan berkenaan.
Pada tahun 2010, sebahagian peruntukan Jabatan Kesenian dan Warisan telah digunakan untuk tujuan ini.

*Anggaran kos yang dinyatakan hanya bahagian (portion) yang perlu diinisiatifkan oleh Pejabat Residen.

Permintaan-permintaan Simanggang Soon Heng Society

1.    Pejabat Residen membantu Simanggang Soon Heng Society untuk mendapatkan peruntukan tetap tahunan daripada pihak kerajaan/ jabatan berkenaan dan Wakil Rakyat tempatan untuk mengelolakan pesta ini,

2.    Pejabat Residen dapat menggemblengkan tenaga jabatan-jabatan kerajaan untuk memberi bantuan dan kemudahan untuk menjayakan pesta ini,

3.    Pejabat Residen dan jabatan berkenaan mempromosikan pesta ini supaya ia menjadikan salah satu ikon untuk bahagian Sri Aman.

 Penutup

Simanggang Soon Heng Society berharap kertas cadangan ini mendapat respon positif darpada pihak Pejabat Residen. Kita berharap dengan penyertaan sektor kerajaan dalam pesta yang pada mulanya dikelolakan oleh kami akan menambah kemeriahan bahagian.


Rujukan:

  1. Temenggung Tan Chong Meng, Pengerusi Simanggang Soon Heng Society
  2. Law Eng Hui, Naib Pengerusi Simanggang Soon Heng Society
  3. Goh Kaw Sze, Setiausaha Simanggang Soon Heng Society (013-8167685)
  4. Kapitan Kueh Aik Seng, Ketua Urusetia Simanggang Soon Heng Society (019-8888155)
  5. Kapitan Tay Siaw Chuan, Ketua Biro Aktiviti Simanggang Soon Heng Society.

 

No comments:

Post a Comment