Pages

Monday, October 5, 2020

MAJLIS DIALOG TOKONG CINA BAHAGIAN SRI AMAN DAN BAHAGIAN BETONG

Majlis Dialog diantara tokong-tokong Bahagian Sri Aman dan Betong telah diadakan di premis Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman. Dialog diadakan bagi tujuan mendapatkan persetujuan menubuhkan Federasi Tokong-Tokong Cina Bahagian Sri Aman dan Betong dan penubuhan Sekretariat Tokong Bahagian Sri Aman.

Majlis yang dianjurkan Simanggang Chinese Charitable Trust Board (Tokong Ciyun) Sri Aman dan Temenggong Kueh Aik Seng sebagai pengerusi pengelola, telah dihadiri 21 wakil tokong dari Bahagian Sri Aman dan Betong daripada 30 tokong yang dikenalpasti. Pada majlis tersebut wakil tokong berpeluang mendengar peranan UNIFOR apabila Encik Richard Lon selaku Pengarah UNIFOR dijemput khas menerangkan peranan dan tanggungjawab UNIFOR.

Di kesempatan tersebut ketika ucapan ringkas majlis Penutupan Sesi Dialog, YB Datuk Francis Harden Hollis mengingatkan semua wakil tokong perlu berdaftar dengan ROS agar mereka dapat dibantu melalui badan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Beliau menambah apabila telah didaftar, pengurusan tokong perlu telus dalam setiap kegiatan yang dijalankan.

Antara komponen asas yang perlu dalam sesuatu pertubuhan adalah seperti mengadakan mesyuarat, membuat laporan aktiviti, merangka aktiviti pertubuhan sepanjang tahun dan yang paling penting, melaporkan transaksi kewangan oleh Bendahari agar semua ahli mengetahui sumber kewangan dan perbelanjaan yang telah dibuat.

- tamat -






No comments:

Post a Comment