Pages

Monday, October 31, 2016

成邦江顺兴公会慈云阁观音圣像洒净动土奠基大典YB Daatuk Frncis Harden讲稿

1.      YB Senator Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan
2.      Yang dihormati Venerable Hui Hai dan rombongan
3.      Yang berbahagia Datuk Tan Chong Meng, Pengerusi Kehormat Seumur Hidup Soon Heng Society
4.      Pemanca Lee Siang Hua
5.      Encik Tan Ah Tee, Pengerusi Soon Heng Society
6.      Kapitan Kueh Aik Seng, Pengerusi Pengelola
7.      Para penderma utama
8.      Para ketua masyarakat
9.      Hadirin sekalian

Bersyukur dan berterima kasih kerana dikurniakan kesempatan untuk bersama tuan-tuan pada pagi ini di Upacara Penyucian dan Pecah Tanah serta Perletakan Batu Asas Patung Guanyin Tokong Ciyun ini. Sebagai salah seorang penyumbang kepada projek ini, saya menumpang gembira dan mengucapkan tahniah apabila mengetahui bahawa projek ini telah masuk ke peringkat Perletakan Batu Asas, dan telah dinaiktarafkan kepada patung 25 kaki dengan dua muka. Saya pasti ini akan menjadi kebanggaan orang Simanggang, dan sebagai wakil rakyat tempatan, saya turut berasa teruja untuk melihat projek ini menjadi nyata dalam masa yang singkat. Harapan saya ialah Tokong Ciyun, Patung Guanyin, Taman Panorama Benak, Benak dan Muzium Warisan Kubu Alice akan saling melengkapi mewujudkan keharmonian dan menjadi daya tarikan kepada para pengunjung ke Sri Aman.

Soon Heng Society ialah sebuah NGO tempatan yang disegani sejak seabad yang lalu dan sentiasa berada di hadapan untuk mewujudkan pelbagai kebaikan untuk Sri Aman. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Soon Heng, khususnya atas sokongan dan bantuan yang telah diberikan kepada saya pada pilihanraya negeri yang lepas. Dengan peranan baru saya dalam kabinet negeri, saya bertekad untuk membawa kebaikan maksimum kepada kita di Sri Aman. Saya juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada akar umbi untuk membantu kerajaan berkhidmat dengan lebih baik dan efisien. Saya berharap Majlis Pemimpin Bersama Rakyat akan akan diadakan selepas upacara ini digunakan sebaik-baiknya oleh kita semua.

Sebagai makluman kepada hadirin sekalian, antara projek pembangunan yang bakal dilaksanakan di N32 ialah…..

Akhirnya, saya berdoa Soon Heng Society akan terus mansang maju ke hadapan dengan pelbagai program sosiobudaya serta infrastruktur yang memanfaatkan para ahlinya serta masyarakat setempat. Sebagai wakil rakyat, saya tidak teragak-agak untuk menyokong dan membantu semua perkara baik di kawasan saya.
Sekian, terima kasih.
10-7-16
Terjemahan Bahasa Cina Untuk Media
身为代议士及捐献者之一,我感到荣幸与欢喜能出席今早的大典,我更感到兴奋的是顺兴公会决定把原有的18尺观音像计划提升为25尺双面观音圣像。我希望这计划早日实现,并与梦娜、梦娜美景公园、爱丽丝堡和谐相存为鲁巴河畔的美景,吸引各地民众前来成邦江。

一直以来,百年老社团顺兴公会是本地一个受敬崇的社团,他们常常思考做好建设,为成邦江带来好处。趁此机会,个人感谢顺兴公会同仁一直以来,尤其是州选中给予我的支持与配合。我将充分发挥我在州内阁里的新角色为成邦江区带来好处,我非常欢迎来自基层的意见与想法。为此,我希望大家充分利用待会儿的交流会踊跃提出建议。

我谨向大家报告一些新计划:

最后,我祝福顺兴公会继续向前迈进,举办更多人文活动,建设更多有利人民与社区的设施。对于一切有利于民的措施,身为人民代议士,我将义不容辞的支持与支援。
谢谢。

No comments:

Post a Comment