Pages

Tuesday, March 17, 2015

Sambutan Cap Goh Meh Sri Aman meriah (取自斯里阿曼县公署网站)

      
Tarikh 17 Feb 2014
SRI AMAN, Sabtu – Hujan lebat nyata tidak menghalang sekitar 10,000 orang penduduk yang membanjiri pusat bandar Sri Aman untuk menyaksikan upacara perarakan ‘Dewa-Dewi’ bersempena dengan perayaan Cap Goh Meh 2014 di sini pada malam tadi.


Walaupun awan mendung mula menyelubungi kawasan Sri Aman sekitar jam 6 petang, namun ia ternyata tidak dapat menghalang kehadiran ‘lautan manusia’ yang mahu menyaksikan perarakan sebanyak 18 kereta berhias sempena dengan perayaan itu. Acara ini bermula tepat jam 7.20 petang dengan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis dan rombongan mengetuai perarakan terbabit bermula dari Tokong Chun Yin di situ. Perarakan yang melibatkan sejumlah 55 buah kontinjen itu menuju ke laluan Jalan Kim Sim dari Jalan Main Bazaar sebelum hujan lebat turun secara tiba-tiba pada jam 7.40 petang.


Walaupun pengunjung bertempiaran lari mencari tempat berteduh namun ia nyata tidak dapat menghalang mereka untuk menyaksikan acara perarakan terbabit yang menuju ke laluan Jalan Sabu sebelum memasuki laluan Jalan Kuching – Sri Aman. Dari Jalan Kuching-Sri Aman, rombongan Harden bersama kontinjen dan kereta berhias itu kemudiannya berarak menuju ke Hotel Seri Simanggang sebelum mengakhirinya di Jalan Kapitan menjelang jam 9.30 malam.


Keadaan basah kuyup tidak menghalang Harden dan rombongan untuk menyaksikan acara penamat di pentas sambutan Cap Goh Meh iaitu pertunjukkan bungai api yang menghiasi ruang udara Bandar Sri Aman dari jam 9.45 hingga 10.30 malam. Terdahulu acara Perarakan Dewa-Dewi sempena perayaan Cap Goh Meh ini diadakan bagi mengusir kehadiran anasir negatif di sepanjang laluan bandar Sri Aman mengikut kepercayaan penduduk kaum Cina.


Atas sebab itulah perarakan kereta berhias ini menampilkan sebahagian daripada patung yang melambangkan dewa-dewi mengikut kepercayaan penduduk kaum Cina bagi ‘membersihkan’ kembali laluan jalan dalam bandar ini. Turut menyertai Perarakan Dewa-Dewi sempena perayaan Cap Goh Mei 2014 ini ialah Pengerus Kesatuan Soon Heng Simanggang, Datuk Tan Chong Meng, Pengerusi Pertubuhan Chee Chuan Chor Simanggang, Kapitan Kuek Aik Seng dan ketua kaum di sini.

http://www.sriamando.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?mod=news&sub=news_view&menu_id=&sub_id=&nid=127&m=2&y=2014



 

No comments:

Post a Comment