Posted on March 7, 2015, Saturday
Oleh Kelvin Lambai//
SRI AMAN: Perarakan Chap Goh Meh yang diraikan oleh masyarakat Cina pada hari ke-15 sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) dilihat sebagai budaya yang unik dan mampu menarik pengunjung ke negeri ini.
Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan Datuk Francis Harden Hollis berkata, suasana meriah dapat disaksikan setiap kali perarakan diadakan sempena penutup TBC yang melibatkan ribuan penduduk tempatan.
“Bagi masyarakat di Sri Aman, perarakan Chap Goh Meh ini merupakan satu budaya yang paling unik kerana peserta perarakan ini bukan setakat masyarakat Tiong Hua, malah turut melibatkan masyarakat Bumiputera.
“Inilah yang dinamakan sebagai perpaduan kerana semua kaum berpeluang menyertai perarakan ini tidak kira kaum Iban, Melayu dan sebagainya sekali gus membolehkan kita hidup dalam rumpun rakyat Malaysia berlandaskan gagasan 1Malaysia,” ujarnya.
Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo selepas menyertai Perarakan Pesta Chap Goh Meh 2015 di sini malam kelmarin.
Menurut beliau, perarakan itu berpotensi dijadikan salah satu produk pelancongan bagi bandar ini kerana ia lain dari yang lain dan jarang dilihat.
“Sebelum ini, bandar Sri Aman memang sudah terkenal dengan kemeriahan Pesta Benak yang diadakan setiap tahun dan seluruh masyarakat dunia telah mengenali benak di bandar ini sebagai antara yang paling unik.
“Jadi tidak mustahil, perarakan Chap Goh Meh ini juga mampu dijadikan satu lagi daya tarikan pelancongan ke bandar ini,” jelasnya.
Ketika ditanya bagaimana menjadikan perarakan itu lebih meriah serta menarik lebih ramai pengunjung ke Sri Aman pada tahun hadapan, Harden menjelaskan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk mempromosikan perarakan itu kepada masyarakat luar.
“Salah satu caranya ialah peranan pihak media amat diperlukan untuk menyebar maklumat kepada masyarakat luar berkenaan perarakan ini di Sri Aman termasuk mempromosikannya menerusi televisyen, akhbar-akhbar tempatan, Internet dan Kementerian Pelancongan dan sebagainya.
“Apa yang saya lihat, promosi yang dilakukan untuk Pesta Benak cukup membanggakan kerana setiap tahun penganjurannya, pengunjung bukan sekadar pengunjung domestik tetapi pengunjung dari luar negara yang turut berminat menyaksikan benak di sini,” katanya lagi.
Tambah Harden, tidak mustahil sekiranya perarakan Chap Goh Meh ini dipromosikan secara meluas, ia juga boleh setaraf Pesta Benak yang mampu menarik puluhan ribu pengunjung ke Sri Aman.
“Jumlah pengunjung yang menyaksikan perarakan pada malam ini (malam kelmarin) cukup membanggakan kita.
“Saya menjangkakan lebih 5,000 peserta perarakan bermula dari Tokong Cina di Tebingan Sungai Batang Lupar melalui beberapa jalan utama di sekitar bandar ini yang turut dipenuhi oleh orang ramai.
“Saya pasti pada perarakan tahun depan, jumlah pengunjung ke sini akan meningkat,” ujarnya.
Turut menyertai perarakan berkenaan ialah Residen Bahagian Sri Aman Jonathan Lugoh, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh serta yang lain.
Perarakan yang bermula pada jam 7.30 malam dan berakhir sekitar jam 11 malam itu disertai sebanyak 54 kereta berhias dari pelbagai agensi serta persatuan serta agensi-agensi kerajaan dari Sri Aman, Engkilili, Lubok Antu dan Betong.

No comments:
Post a Comment