Pages

Monday, September 21, 2020

Pemuda dan Wanita Simanggang Soon Heng Society telah mengadakan lawatan muhibah ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Stumbin

Bersempena dengan Hari Malaysia, Pemuda dan Wanita Simanggang Soon Heng Society telah mengadakan lawatan muhibah ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Stumbin pada 19.9.2020. Mereka telah membawa buah tangan berbentuk makanan untuk 28 orang pelatih yang merupakan golongan istimewa pusat tersebut. Kehadiran rombongan seramai 11 orang tersebut diketuai oleh Setiausaha Soon Heng Society, Goh Kaw Sze, Ketua Pemudanya Tan Ting Lung dan Ketua Wanitanya Tan Mooi Hiang disambut oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Sri Aman, Encik Azrul, Penyelia Pusat, Cik Khadijah Kamil, Pengerusi Pusat, Encik Rozali bersama para petugas dan beberapa orang pelatih. 

Pengerusi pusat memaklumkan bahawa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Stumbin yang ditubuhkan pada tahun 2018 merupakan PDK yang paling muda di bahagian Sri Aman. Ia beroperasi di bangunan lama Masjid Kampung Stumbin. Pihak PDK amat mengalu-alukan sumbangan dan bantuan orang ramai kepada pihak pusat agar para pelatih dapat belajar dalam keadaan yang lebih kondusif. Sebarang urusan tersebut boleh berhubung melalui talian 0147011292.

 Pegawai Jabatan Kebajikan, Encik Azrul pula menyifatkan kunjungan seumpama ini amat bermakna dan bersesuaian dengan tema Malaysia prihatin. Beliau juga berterima kasih kepada Soon Heng yang sebelum ini sering mengadajan kunjung bantu berkala ke PDK sri Aman bertempat di Wisma Penyayang. 

Sementara itu, Setiausaha Soon Heng Society, Goh Kaw Sze memberitahu bahawa khidmat sosial merupakan salah satu aktiviti utama persatuan tersebut, selain daripada menguruskan Tokong Ciyun (keagamaan), Tadika Simanggang (pendidikan) Dan mengelolakan Pests Dan perarakan Cap Goh Mei setiap tahun (kebudayaan). 

Bersesuaian dengan semangat Hari Malaysia, kunjungan terabyte diakhiri dengan hadirin, petugas dan pelatih telah mengibarkan jalur gemilang bersama. 

Setelah itu, rombongan berkunjung ke Pasar Sebu, sebuah pasar di tebingan Sungai Batang Lupar yang merupakan hentian penting kapal dan Perahu dahulu kala, khususnya untuk mengelak benak.


Kini, 2 daripada 3 buah rumah kedai ini masih beroperasi, walaupun tidak semeriah setengah abad yang lalu Kerana perubahan mod pengangkutan. 

Sebenarnya Sebu dan Skilau yang berdekatan adalah antara petempatan awal orang Cina di tebingan Sungai Batang Lupar yang kian ditelan Zaman. Di Skilau, masih ada peninggalan kubur lama orang Cina.

No comments:

Post a Comment