Pages

Tuesday, December 30, 2014

Ucapan YB Datuk Francis (6-12-2014)

1.      Kapitan Kueh Aik Seng, Pengerusi Pengelola Majlis Malam Kesyukuran Upacara Keagamaan Sempena Ulang Tahun ke-120 Kuil Ciyun Sri Aman dan Simanggang Soon Heng Society, merngkap Naib Pengerusi Simanggang Soon Heng Society
2.      Encik Tay Ah Tee, Pengerusi Simanggang Soon Heng Society
3.      Wakil Pegawai Daerah Sri Aman
4.      Tuan Walikota MDSA
5.      Wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman
6.      Wakil Jurutera Bahagian, JKR Sri Aman
7.      Temenggung Sii Toh Peng
8.      Penghulu Lee Siang Hua
9.      Penghulu Chua Hiong Kee, Pengerusi Persatuan Teochew Sibu serta rombongan
10.   Encik Sim Han Tong, AJK Persatuan Teochew Kuching serta rombongan
11.   Encik Sim Xiang Boon, Pengerusi Kelab Teokiaw Kuching serta rombongan
12.   Encik Sim Hee Piao, Pengerusi Klan Sim Teochew Sarawak serta rombongan
13.   Ketua-ketua Masyarakat dan ketua-ketua Kaum
14.   Wakil-wakil pertubuhan/ Tokong sekitar Sri Aman dan Betong
15.   Wakil-wakil JKKK N27 Simanggang
16.   Para penderma
17.   Hadirin-hadirat sekalian
 
Saya mengucapkan tahniah kepada Soon Heng Society dan Tokong Ciyun Ge kerana telah giat memberi sumbangan serta berdiri teguh di tebingan Batang Lupar sejak 120 tahun yang lalu. Saya difahamkan bahawa Majlis Makan Kesyukuran ini diadakan setelah 2 hari Soon Heng mengadakan upacara keagamaan sempena ulang tahun ke-120 penubuhannya.
 
Saya menyanjung usaha-usaha masyarakat setempat mengadakan aktiviti keagamaan dan kebudayaan kerana ia merupakan keperluan pembangunan rohani, dan juga menunjukkan kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat kita.  Saya berharap semua pihak akan beroleh berkat daripada upacara dan majlis kita kali ini.
 
Sejak menjadi wakil rakyat, saya telah mempunyai hubungan yang intim dengan Soon Heng Society. Setiap tahun saya bersama keluarga akan menghadiri Majlis Ramah Tamah Tahun Baru Soon Heng Society yang diadakan pada hari ke-8 Tahun Baru di bawah Tokong Ciyun. Saya juga tidak pernah ketinggalan menyertai perarakan Cap Goh Mei yang dianjurkan oleh Soon Heng Society, dan sejak tahun 2010, Pesta Cap Goh Mei telah diangkat menjadi acara peringkat bahagian, di mana sektor kerajaan turut mengambil bahagian.
 
Soon Heng sememangnya pertubuhan yang amat signfikan kepada masyarakat tempatan kerana ia bukan sahaja terlibat dengan urusan keagamaan dan kebudayan Cina, tetapi ia juga mengendalikan sebuah tadika yang memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak pelbagai kaum di kawasan ini. Inilah contoh pertubuhan bukan kerajaan yang kita harapkan untuk memberi bantuan ke arah pembangunan masyarakat. Saya berharap Soon Heng akan lebih giat lagi memainkan peranannya.
 
Sebagai wakil rakyat, saya sentiasa sensitif terhadap aspirasi rakyat tempatan. Pelbagai projek pembangunan telah dilakukan, seperti bekalan air, hospital dan pelebaran jalan raya ke Bandar Sri Aman. Saya telah dan sedang menjadikan semua kehendak rakyat tersebut menjadi kenyataan.
Akhirnya, selamat menyambut ulang tahun ke-120.
 
Sekian, terima kasih.
 
6-12-14
 

No comments:

Post a Comment