Pages

Tuesday, November 19, 2013

Belia harus aktif berpersatuan

Belia harus aktif berpersatuan

2013 Januari 30

 
GERAN: Harden (enam kiri) menyampaikan geran kerajaan kepada Tay (kanan) sambil diperhatikan oleh Sii (tengah) di Sri Aman kelmarin.
 
Mereka digesa sertai aktiviti persatuan bagi elak terlibat aktiviti kurang sihat
 
SRI AMAN: Golongan be­lia digesa melibatkan diri dengan lebih banyak aktiviti berbentuk persatuan belia bagi mengelakkan mereka terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat.
Menteri Muda Pemban­gunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis ber­kata penglibatan golongan berkenaan dalam pelbagai persatuan belia secara tidak langsung dapat mengisi masa lapang mereka selain men­imba pengalaman baharu.
 
“Apa yang saya lihat, inilah cara bagi mengelakkan go­longan muda terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meng­hadiri upacara Mewarna Mata Singa dan Pertandingan Kali­grafi 2013 anjuran Persatuan Soon Heng Simanggang di Tokong Cina, Tebingan Ba­tang Lupar kelmarin.
Beliau yang juga Menteri Muda Perumahan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata penglibatan belia dalam pel­bagai persatuan bukan hanya mengelak mereka terlibat dengan masalah sosial tetapi dapat membentuk mereka menjadi pemimpin negara pada masa depan.
 
Harden berkata, golongan belia harus menyahut seruan kerajaan untuk bersama-sama dengan pemimpin, memberi sumbangan mereka dalam proses membangunkan ne­gara ini.
 
“Menjadi hasrat kerajaan untuk membentuk golongan belia menjadi insan yang ber­guna kepada negara, kerana mereka adalah pelapis kepada pemimpin sedia ada dalam meneruskan agenda pem­bangunan negara pada masa depan.
 
“Oleh itu, golongan remaja harus mengubah diri mereka menjadi insan berguna ke­pada negara selaras dengan saranan para pemimpin kita iaitu cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya.
 
Dalam pada itu, Pertandin­gan Kaligrafi anjuran persat­uan berkenaan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu murid sekolah rendah, pela­jar sekolah menengah dan terbuka.
 
Turut hadir Temenggung Sii Toh Peng, Pengerusi Persatuan Soon Heng Si­manggang Tay Yong Ming serta ahli-ahli persatuan yang lain.
 
Pada majlis yang sama, Harden turut menyampaikan geran kerajaan kepada per­satuan berkenaan bagi tujuan menjalankan aktiviti semasa Pesta Cap Goh Mei nanti.

(http://www.sarawak.gov.my/ms/media-centre/in-the-news/view/belia-harus-aktif-berpersatuan)

No comments:

Post a Comment