10 February, 2011
Penduduk Betong dan Sri Aman dipelawa sertai Pertandingan Fotografi Cap Goh Mei 2011
SRI
AMAN, Khamis (10 Feb) – Penduduk kawasan Bahagian Sri Aman dan Betong
dipelawa untuk menyertai Pertandingan Fotografi yang diadakan bersempena
dengan perayaan Pesta Cap Goh Mei Bahagian Sri Aman 2011.
Siaran
media yang dikeluarkan hari ini memberitahu Pertandingan Fotografi
anjuran Kesatuan Soon Heng Simanggang dan Pejabat Residen Bahagian Sri
Aman itu tidak terhad penyertaan kepada semua penduduk dari kedua-dua
wilayah berkenaan.
“Foto
milik peserta hendaklah asli tanpa sebarang manipulasi lain. Setiap
foto yang dipertandingkan hendaklah bersaiz 8R (8”X12”) dan penyertaan
akan menjadi hak milik penganjur selepas itu,” katanya.
Penduduk
yang mahu menyertai pertandingan berkenaan katanya hendaklah memastikan
bahawa nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon
dicatatkan pada bahagian belakang foto milik masing-masing.
Foto
bersama salinan asal (soft copy) dalam format JPG yang dihantar pada
pertandingan itu kata kenyataan terbabit hendaklah dikirimkan ke tingkat
bawah kuil Ciyun, bangunan Kesatuan Soon Heng Simanggang sebelum jam 4
petang pada 28 Februari ini.
“Penganjur
akan menentukan tarikh pengumuman keputusan kelak. Sila pastikan bahawa
temanya mempunyai kaitan dengan perayaan Cap Goh Mei Bahagian Sri Aman
anjuran Simanggang Soon Heng Society dan Pejabat Residen Bahagian Sri
Aman, “ katanya.
Johan
pertandingan ini katanya akan memperoleh hadiah wang tunai bernilai
RM400 besertra sijil, RM300 dan sijil untuk naib johan, RM200 dan sijil
untuk pemenang tempat ketiga, RM150 dan sijil untuk pemenang tempat
keempat dan empat hadiah galakan bernilai RM100 serta sijil.
(http://sriamannews.blogspot.com/2011/02/penduduk-betong-dan-sri-aman-dipelawa.html)
No comments:
Post a Comment