Pages

Friday, June 25, 2021

 


SIMANGGANG: Pertubuhan Meninggikan Akhlak (PMA) Chee Chuan Khor Simanggang telah menyumbang sejumlah 53 set katil dua tingkat kepada Jabatan Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sri Aman pada Khamis lepas.

Sumbangan itu itu dibuat susulan pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC) kedua yang dijangka beroperasi di Dewan Komuniti Taman Harmoni pada minggu hadapan.

"Berita mengenai cadangan pembukaan PKRC kedua sebelum ini telah mendorong pihak kami untuk bertindak membantu JPBB Sri Aman dengan menyediakan kelengkapan katil, tilam dan bantal bagi menampung keperluan pusat itu.

"Bagaimanapun tidak kesemua kelengkapan itu digunakan dalam PKRC kedua kerana JPBB Sri Aman juga boleh mengagih sumbangan tersebut ke lain-lain pusat kuarantin yang memerlukan kemudahan itu nanti," kata Presidennya, Temenggung Kueh Aik Seng.

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa PMA Chee Chuan Khor Simanggang sudah membelanjakan lebih RM20,000 untuk membeli peralatan berkenaan termasuk papan lapis bagi menampung keperluan pusat kuarantin di sini.

Menurut Kueh, kesemua perbelanjaan berkenaan telah pun diperoleh pasukan sukarelawan PMA Chee Chuan Khor Simanggang menerusi aktiviti mengumpul dana sebelum ini demi menampung kos pembelian peralatan itu.

"Kita akan terus membantu JPBB Sri Aman dengan menyediakan peralatan di pusat-pusat kuarantin di sini demi meringankan beban pihak kakitangan kesihatan yang sedang berjuang mengekang penularan pandemik Covid-19 pada masa sekarang," kata beliau.

Kueh turut menambah bahawa Kesatuan Soon Heng Simanggang juga turut menyumbang sejumlah dua unit mesin penapis air (water dispenser) bernilai RM4,000 untuk kegunaan pesakit dan petugas barisan hadapan di PKRC kedua, Dewan Komuniti Taman Harmoni berkenaan.

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis juga dilaporkan turut bertindak membantu menampung kos pembelian peralatan bagi tujuan kegunaan PKRC kedua di Taman Harmoni berkenaan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment