Pages

Tuesday, January 19, 2021

Ucapan Temenggong kueh Aik Seng (3.10.2020)

YB Datuk Francis Harden anak Hollis, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak

Yang berusaha Encik Richard Lon, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain Sarawak

Yang Dihormati Encik Tay Chiew Hua, Pengerusi Simanggang Soon Heng Society

Pemanca Kueh Tu Tecck, Pemnca Lim Guan Ann dan wakil daripada 。。。 buah tokong Cina Bahagian Sri aman dan Betong sekalian.

 

Terima kasih kepada YB Datuk Francis Harden serta Encik Richard Lon yang sudi hadir ke Majlis Dialog Tokong-tokong Cina Bahagian Sri Aman dan Betong yang julung julung kali diadakan. Sebenarnya, dialog ini adalah ekoran hasil cadangan pihak UNIFOR juga, UNiFOR berharap tokong-tokong Cina akan membentuk gabungan seperti pertubhan agama-agama lain supaya memudahkan pihak UNIFOR memproses pemohonan dana. Kesudian YB Datuk Francis harden turut hadir bersama menunjukkan keprihatinan beliau terhadap perkembangan tokong-tokong Cina selama ini, contohnya beliau tidak pernah tidak hadir ke Majlis Ramah Tamah Tahun Baharu Cina dan Pesta Cap Goh Mei anjuran Simanggang Soon Heng Society di Tokong Ciyun setiap tahun sejak 1996..

Sistem kepercayaan masyarakat Cina mungkin agak kompleks jika dipandang oleh orang luar, kerana penganut Buddha beribadah di Kuil atau Vihara佛寺, penganut Taoisme pula beribadah di Dao guan 道观, penganut sistem kepercayaan tradisional Cina beribadah di Tokong 神庙, dan pengikut Dejiao (atau lebih dikenali sebagai Pertubuhan Meninggikan Akhlak) ada pula tempat beribadah mereka sendiri, yang rata-rata mempunyai rekabentuk, susun atur serta upacara yang hampir sama. Apatah lagi seseorang Cina boleh menjadi penganut kepada satu atau beberapa jenis sistem kepercayaan yang berlainan ini. Inilah liberalisme dalam sistem kepercayaan orang Cina dan saya percaya iniah prinsip yang dipegang oleh Kerajaan Sarawak apabila UNIFOR ditubuhkan untuk membantu perkembangan pelbagai sistem kepercayaan di Sarawak. Bersatu dalam kepelbagaian, sesungguhnya inilah semangat kita orang Sarawak.

Bermula jam 10 pagi tadi, kami telah berdialog dan mencapai beberapa persetujuan, antaranya ialah mewujudkan satu sekreatariat tokong-tokong Cina bahagian Sri Aman dan Betong di Tokong Ciyun, Simanggang serta bersetuju untuk menubuhkan gabungan tokong-tokong Cina peringkat Sarawak yang dipelopori oleh Lembaga Amanah Khairat Cina Kuching dengan menghantar wakil dari setiap daerah untuk menyertai gabungan tersebut. Selain itu, kami juga menggalakkan tokong-tokong yang belum berdaftar mendaftar di bawah ROS atau Akta Lembaga Amanah mengikut kesesuaian supaya mereka juga berpeluang menikmati manfaat daripada dana UNIFOR.

Akhirnya, sesungguhnya kehadiran YB Datuk dan Tuan Richard menambahkan keyakinan dan semangat kami untuk terus bergiat mempertahan dan mengembangkan kepelbagaian sistem kepercayaan di Sarawak.

 

Sekian, terima kasih.

 


KAS

 

感谢拿督法兰吉斯哈丁助理部长及李察隆处长的莅临,让交流会更具意义。华人庙宇交流会与成立总会的建议来自其他宗教处,这是前瞻性的建议。拿督法兰吉斯长久以来关心区内庙宇发展,例如自1996年以来,他不曾缺席过成邦江顺兴公会慈云阁的春节团拜、元宵盛会,甚至挥春、新狮点睛、庙宇亮灯仪式。

在外人看来,海外华人信仰是复杂、多元与难理解的。例如佛教徒在佛寺事佛、道教徒在道观修行、民间信仰者在庙宇烧香拜神、德教者在师尊坛前参拜等往往让他者分辨不清。这些建筑物的外观、内部摆设及仪式大同小异,而华人又可以是其中一种或上述多种信仰的跟随者。这就是包容,民间信仰的儒释道与德教的五教同宗显示了这一点。我想砂拉越其他宗教处的设立也是建立于此。政府希望该处的成立有利于砂拉越多元宗教的发展,更利于国民的团结。

刚才的交流会议决如下:

 

1.            建立、推动与维护健康与积极的庙宇文化。

2.            推动庙宇为华族文化发展的基地。

3.            支持成立全砂华人庙宇总会的倡议,并由斯木省4个县各派1代表组成总会。

4.            成立斯木省华人庙宇/神坛秘书处,但不成立联合会。建议秘书处设于成邦江顺兴公会慈云阁办事处,由各县代表及其他受委人员组成,负责联系与收集资料。

5.            鼓励未注册的庙宇/神坛在社团注册法令或信托委员会法令下注册,以便享有得到砂拉越其他宗教处拨款的机会。

6.            在未来依须要举办更多的交流会,促进斯木省各庙宇/神坛的成长。

 

最后,我深信2位的莅临更提高我们对庙宇发展的信心,让我们更落力为砂拉越的多元与和谐共同努力。

 


No comments:

Post a Comment