Pages

Saturday, December 12, 2020

Majlis penyerahan cek peruntukan UNIFOR





Majlis penyerahan cek peruntukan UNIFOR 

Pagi tadi (9.12.2020), YB Datuk Francis Harden anak Hollis,  Menteri Muda kesejahteraan Komuniti Sarawak telah menyerahkan cek peruntukan UNIFOR bagi pihak Kerajaan GPS kepada Simanngang Soon Heng Society dan Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman.  Kedua-dua NGO telah diperuntukkan RM300 ribu untuk pembangunan tempat beribadah masing-masing. 

Simanggang Soon Heng yang menguruskan Tokong Ciyun di Main Bazaar,  Simanggang akan menggunakan peruntukan tersebut untuk menampung sebahagian kos membina bentang dan platform memperbaiki hakisan di bahagian depan tokong di tepi Sungai Batang Lupar.  

Pembinaan bentang dan platform di atas Sungai Batang Lupar di bahagian Tokong tersebut,  selain mencegah hakisan berterusan kerana hentaman benak,  juga akan mengelakkan walkway atas sungai yang sedang dibina di bawah projek Naik Taraf tebingan Batang Lupar (tapak pesta benak) daripada ancaman pada masa depan.  Ia juga akan memberi nilai tambah dan pengindahan kepada tebingan Batang Lupar.  Keseluruhan projek tersebut dijangka menelan kos lebih RM800 ribu. Pengerusi Simanggang Soon Heng Society, Tay Chiew Hua yang hadir menerima cek berharap pihak Kerajaan melalui agensi berkenaan akan menghulurkan bantuan bagi merealisasikan projek yang mesti diselesaikan seiring dengan projek Kerajaan untuk Naik Taraf Tebingan Sungai Batang Lupar. Beliau berterima kasih kepada UNIFOR dan YB datuk Francis Harden. 

Presiden Che Chuan Khor,  Temenggong Kueh Aik, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Soon Heng Society melahirkan hasrat yang sama. 

Temenggong Kueh turut bersyukur atas peruntukan RM300 ribu yang diterima oleh Che Chuan Khor pada tahun ini.  Ujar beliau,  peruntukan tersebut akan digunakan untuk melangsaikan sebahagian kos pembinaan bangunan Che Chuan Khor yang masih tertunggak.  Beliau menjelaskan bangunan Tersebut telah dirasmikan pada tahun 2017, tetapi mereka masih tertunggak sejumlah RM 1 JUTA. 

Kedua dua pertubuhan tersebut amat menghargai peruntukan unifor dan menyanjung ikhtiar kerajaan Sarawak mewujudkan unit tersebut demi pembangunan agama agama lain di Sarawak.

No comments:

Post a Comment