Pages

Monday, November 18, 2019

成邦江幼稚园第41届毕业典礼暨恳亲会主宾讲稿

我今晚出席顺兴公会属下成邦江幼稚园第41届毕业典礼暨恳亲会除了是复行关心选区内发展的任务外,也是执行我部门的任务,即确保州内儿童教育与发展的平衡。教育虽是联邦事务,但州政府向来关心州内各教育机构的发展,并通过各管道协助。
我的部门就通过不同形式的培训来提高州内幼教教师的素质,同时也加强彼等的英语程度,为注重英语学习的教育环境作准备。为了应对第4波工业革命,我希望大家把数理学好,更要掌握创新与批判的态度。
出席成邦江幼稚园的毕业典礼往往给我带来惊喜,礼堂外的展览品及舞台上的节目显现了大家的努力与认真。这点,我要感谢顺兴公会及其属下机构在过去40年来的努力与付出,为社区提供了相当好的学前教育。今晚,我也把太太带来,让她亲身体验我过去跟她分享的故事。
希望大家继续进步。谢谢。
Terima kasih dan tahniah kepada Lembaga Pengurus Tadika Simanggang kerana menjemput saya hadir bersama di Majlis Konvokesyen ke-41 mereka. Kehadiran saya di Majlis ini selain bertujuan menunjukkan keprihatinan saya sebagai wakil rakyat terhadap perkembangan pelbagai sektor di kawasan saya, di samping memberi sokongan kepada Simanggang Soon Heng Society yang telah bersungguh-sungguh mengoperasikan Tadika Simanggang sejak 41 tahun yang lalu, saya sebenarnya turut melaksanakan tanggungjawab saya sebagai Menetri Muda di Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, iaitu untuk “Memastikan kualiti Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) ke arah pembangunan kanak-kanak yang holistik dan seimbang.”

Walaupun pendidikan merupakan hal ehwal persekutuan, tetapi kita di Sarawak sentiasa memberi sokongan kepada pelbagai sektor dalam sistem pendidikan Negara kita, umpamanya pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah menyalurkan RM 5000 kepada semua institusi pendidikan awal kanak-kanak yang berdaftar di negeri ini sebagai pelengkap kepada kualiti pembangunan kanak-kanak di wiayah kita.

Di samping itu, Kementerian saya juga menganjurkan pelbagai seminar, kursus, bengkel khusus untuk pembangunan tenaga pengajar pendidikan awal kanak-kanak. Kita menyarankan semua institusi pendidikan awal kanak-kanak, tidak kira kerajaan atau swasta memperkenalkan pengajaran bahasa Inggeris  menggunakan sistem fonetik, supaya mutu penguasaan BI di kalangan kanak-kanak dipertingkatkan.

Demi menghadapi Revolusi perindustrian (IR) 4.0, kanak-kanak perlu sejak awal lagi didedahkan kepada pendidikan STEM, bahkan STEAM, iaitu tambah Art (kesenian) supaya mereka mempunyai keupayaan menghadapi zaman mereka dengan penuh kritis dan kreatif. Selain itu, sebagai menyediakan diri kepada alam kerjaya sesuai dengan persekitaran negeri kita, TVET juga merupakan bidang yang seharusnya diterokai.

Saya sentiasa berasa terharu dan berbangga apabila menghadiri Majlis Konvokesyen Tadika ini kerana berpeluang menyaksikan gelagat menarik anak-anak pelbagai etnik membuat persembahan di pentas, di samping memperagakan hasil pembelajaran mereka di luar dewan. Saya kira, kesemua ini merupakan testimonial terhadap inisiatif dan pencapaian tadika ini. Saya berharap Tadika Simanggang dan Simanggang Soon Heng Society akan terus berusaha menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang bermutu kepada komuniti setempat. Selamat maju jaya. Terima kasih.

14-11-2019, Dewan Suarah Sri Aman (Sempena Konvokesyen Tadika Simanggang ke-41)

No comments:

Post a Comment