Pages

Sunday, February 25, 2018

2018年砂州首席部长代表演词

Ucapan YAB Ketua Menteri Sarawak
Sempena
Majlis Ramah Tamah Tahun Baru Cina dan Pelancaran Pesta Cap Goh Mei
Peringkat Bahagian Sri Aman 2018
Anjuran
Simanggang Soon Heng Society dengan kerjasama Ketua-ketua Masyarakat, ketua-ketua Kaum dan pertubuhan-pertubuhan Cina Bahagian Sri Aman

1.     Saya amat menyanjung usaha Simanggang Soon Heng Society dengan kerjasama Ketua-ketua Masyarakat, ketua-ketua Kaum dan pertubuhan-pertubuhan Cina Bahagian Sri Aman, serta Pejabat Residen dan Rukun Tetangga Bandar Sri Aman untuk menjayakan Majlis Ramah Tamah Tahun Baru Cina dan Pelancaran Pesta Cap Goh Mei Peringkat Bahagian Sri Aman 2018 ini. Tradisi seumpama ini harus diteruskan dan dikembangkan untuk menunjukkan keharmonian dan kepelbagaian komuniti kita di Sarawak.

2.     Saya juga amat berterima kasih kepada pihak penganjur, khusus Temenggung Kueh Aik Seng, temenggung muda yang baru dilantik atas kesudian menjemput saya hadir bersama ke Majlis ini. Ini merupakan jemputan pertama daripada masyarakat Tionghua Bahagian Sri Aman. Saya amat menghargainya dan amat berkeinginan untuk beramah mesra bersama tuan-tuan dalam suasana Tahun Baru Cina dan Cap Goh Mei. Namun, atas komitmen lain, saya terpaksa mewakilkan YB Datuk Francis Harden untuk hadir. Saya yakin kehadiran beliau tetap membawa makna yang sama, kerana kami sama-sama merupakan team Barisan Nasional Sarawak yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.

3.     Saya difahamkan bahawa Soon Heng Society merupakan sebuah pertubuhan bersejarah yang menjaga Tokong Ciyun yang terletak di tebingan Batang Lupar. Saya mendapati tokong yang tersergam indah ini merupakan mercu tanda utama tebingan Batang Lupar. Pada tahun lepas, saya telah mengarahkan pihak Majlis Daerah Sri Aman untuk mengemukakan cadangan pembangunan tebingan Batang Lupar, supaya ia akan menjadi daya tarikan pelancong, selain daripada fenomena benak. Saya mendapati lokasi tokong ini dapat memberi nilai tambah yang signifikan kepada projek pembangunan tebingan Batang Lupar. Pihak Majlis Daerah boleh bekerjasama dengan Soon Heng dalam hal ini.
4.     Sri Aman sentiasa merupakan bahagian yang diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

5.     Saya amat berbangga dengan kerja keras yang ditunjukkan oleh wakil-wakil rakyat sekitar Sri Aman, khususnya YB Datuk Francis Harden yang mempunyai hubungan yang amat intim dengan masyarakat tempatan. Demikian jugalah, YB Datuk Masir Kujat sebagai ahli parlimen Sri Aman. Inilah team kita di Sarawak. Saya menyeru rakyat tempatan untuk terus memberi sokongan kepada mereka berdua supaya penerusan pembangunan di Sri Aman dipastikan.

6.     Dengan kata-kata demikian, saya melancarkan Pesta Cap Goh Mei Peringkat Bahagian Sri Aman 2018 dan berharap pesta ini menjadi satu lagi trade mark Sri Aman, selain daripada Pesta Benak.

7.     Sekian. Selamat Tahun Baru Cina.
23-2-2018

1.首长赞扬顺兴公会延续传统办春节团拜与元宵节庆典,这也显示砂州的多元色彩与特征。
2.去年在梦娜节开斋礼上,我已提示县议会提呈鲁巴河河岸美化与提升工作,以吸引游客。
3.我发觉慈云阁的庄观与地理位置,可为鲁巴河畔美化工程提供附加价值。我建议斯里阿曼县议会与顺兴公会共同构思美化计划。慈云阁也可通过此计划落实该阁的扩充工程。
4.我对斯省区各国政代议士的表现,呼吁人民继续支持与委托他们,让我们继续以砂州的方式管理与发展我们的州。
5.我希望斯省元宵盛会能成为除了梦娜节外的另一个或标志。
6. 表示歉意因为不能出席此盛会,特别委派拿督法兰吉斯哈丁代表出席,因他是我内阁要员,我们拥有以民为主的共同理念。


No comments:

Post a Comment