Pages

Saturday, February 8, 2014

甲午正月初八团拜欢迎词-吴诰赐(筹委会秘书)

      I.          YB Datuk Francis Harden anak Hollis (Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan Sarawak)
   II.          Wakil kepada Dato' Sri Hjh. Rohani Hj. Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
 III.          Tuan Residen
 IV.          Yang Berbahagia Datuk Tan Chong Meng, Pengerusi Simanggang Soon Heng Society
   V.          Sdr Law Hee Huat, Pengerusi JK Kerja Pesta Cap Goh Mei
 VI.          Ketua-ketua Jabatan
VII.          Ketua-ketua Masyarakat
VIII.          Pemimpin-pemimpin NGO
 
1.   Selamat datang ke Pesta Cap Goh Mei Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2014. Kita berasa amat bersyukur kerana buat kali ke-5, sejak 2010, Pesta Cap Goh Mei peringkat Bahagian Sri Aman dapat diadakan secara bersama antara pihak kerajaan, khususnya Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dengan Simanggang Soon Heng Society. Program ini diteruskan kerana kita percaya ia dapat memberi impak positif kepada masyarakat setempat.
2.   Kita juga amat berterima kasih kepada wakil-wakil rakyat tempatan seperti YB Datuk Francis Harden anak Hollis (Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan Sarawak), Dato' Sri Hjh. Rohani Hj. Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), YB Masir Kujat (Ahli Parlimen Kawasan Sri Aman), Ketua-ketua Jabatan seperti Tuan Residen, Timbalan Residen, KPD,…) yang tidak jemu-jemu memberikan pandangan, nasihat, peruntukan serta bantuan khidmat sokongan untuk menjayakan program ini.
3.   Perayaan Cap Goh Mei telah dianjurkan oleh Soon Heng Society sejak kewujudan persatuan ini dalam bentuk kongsi pada tahun 1894. Pada mulanya, ia merupakan perarakan dewa-dewi, kerana kita percaya dengan mengarakkan dewa-dewi mengelilingi kawasan persekitaran, ia akan membawa kesejahteraan kepada kita.
4.   Kini, perarakan masih merupakan kemuncaknya, tetapi pentas Cap Goh Mei yang dimulakan pada malam ini sebenarnya telah memberi makna mendalam kepada kita, kerana pentas ini bukan sahaja telah mengeratkan hubungan sesame masyarakat kita, bahkan telah memberi peluang kepada anak-anak muda untuk memperagakan bakat mereka. Kejayaannya ialah beberapa kumpulan yang memulakan pertunjukan pentas mereka di pentas ini, kini telah membuat persembahan di luar Sri Aman.
5.   Program sepanjang 8 malam membabitkan kos lebih 100k dan tenaga manusia yang ramai. Kami amat memerlukan bantuan dan sumbangan pelbagai pihak untuk sama-sama menjayakannya.
6.   Kami berdoa agar program ini berkekalan sebagai trade mark Sri Aman dan membawa kemakmuran kepada tempat kita.
 
1)   在华人的传统观念中,平安顺利、一切如意、风调雨顺、国泰民安是我们的终极追求。120年来,顺兴公会慈云阁每年元宵游神的目的也在于此。我们相信营老爷是有助于社会安宁与发展,因为神明与上天是人类生活中重要的指引。
2)   2010年以来,官方开始参与元宵盛会,这表示他们肯定了元宵盛会的社会功能。相应的,我们更该珍惜发挥,顺势推动与发展我们的文化与信仰。
3)   庙宇文化是中华文化重要的一环,慈云阁所含有的文化素质是需要我们大家共同经营与发展,促进本区域的文化建设。
4)   最后,感谢各造的协助,成全每年一度的元宵盛会,希望大家在慈悲娘娘与诸神的庇佑下大家蒙恩、平安。趁着甲午的到来,我希望我们上下同心,和谐创造和平的成邦江。

No comments:

Post a Comment