Tarikh Terbit: Rabu 24 Februari 2016
SRI AMAN: Perayaan Cap Goh Meh di sini bukan sahaja satu perayaan unik malah mampu menarik lebih ramai pengunjung dari luar bandar datang ke bandar Sri Aman.
Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis berkata perayaan dianjurkan Kesatuan Soon Heng Simanggang itu boleh dijadikan produk pelancongan bandar ini.
“Ribuan rakyat hadir menyaksikan perarakan dewa-dewi diadakan di sini setiap tahun dan membuktikan perayaan itu mampu mempromosikan Sri Aman terutama kepada pengunjung luar,” katanya ketika ditemui pada perarakan dewa-dewi sempenaperayaan Cap Goh Meh di sini, malam kelmarin.
Dianggarkan 5,000 orang membanjiri bandar Sri Aman menyaksikan perarakan yang disertai 65 kontinjen dan 16 kereta berhias bermula jam 8.30 hingga 11 malam.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu bertekad menjadikan bandar Sri Aman sebagai pusat pelancongan dalam dan luar negeri pada masa akan datang.
“Saya minta rakyat semua terus bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan Sri Aman mencapai sasaran terbabit,” katanya.
http://www.utusanborneo.com.my/content/perayaan-cap-goh-meh-mampu-tarik-lebih-ramai-pengunjung
No comments:
Post a Comment